Tanah yang penuh nutrien menghasilkan pokok yang sihat

Eh, apasal cerita pasal tanah dan pokok pula ni?

Sejak 2 minggu lepas, saya kehabisan stok ningxia Red. Jadi, saya telah minum Bloom Collagen tanpa ambil Ningxia Red.

Bukan itu sahaja, sebab Ningxia Red habis di rumah, Sul4zyme pun saya skip ambil juga. Jangan tiru macam saya tau.

Tapi, saya sebenarnya hendak tengok apa yang berlaku jika saya cuma ambil Bloom Collagen tanpa kedua supplemen ini.

Setelah 2 minggu, saya dapat lihat, kulit saya kekal lembut dan licin. Cumanya, kulit muka tidak nampak kesan ketara seperti awal-awal menggunakannya dahulu.

Jika dalam video (saya sedang dalam projek 365, satu hari satu video mengenai essential oil dalam bahasa Melayu), masih nampak berseri dan cerah.

Walau bagaimanapun, sekarang ini stok Bloom Collagen belum ada di Malaysia lagi. Dijangkakan ia akan tiba semula pada bulan Julai 2020. Buat sementara waktu, apa yang perlu kita buat?

Daripada pengalaman saya tadi, saya buat kesimpulan bahawa, Bloom Collagen akan memberi kesan ketara dan segera apabila keadaan badan kita tiptop.

Samalah seperti kita tanam pokok di tanah tandus vs tanam pokok di tanah yang subur. Peluang pokok akan hidup lebih tinggi di tanah subur. Maka, suburkanlah “tanah” kita. Bajailah dengan nutrien dan zat-zat yang diperlukan.

Ningxia Red adalah satu suplement yang saya sangat gemari dan saya suka cadangkan untuk diambil secara konsisten oleh seisi rumah. Ia kaya dengan antioksidan yang melindungi diri dari radikal bebas.

Secara ringkasnya, dalam sel, ada pasangan-pasangan elektron. Namun, atas beberapa faktor, pasangan elektron ini akan terurai dan menjadi radikal bebas. Apabila radikal bebas terlalu banyak berlebihan, ia akan menyebabkan stress oksidatif. Akhirnya ia menyebabkan banyak kesan buruk seperti mutasi sel, kesan penuaan sebelum waktu dan penyakit kepada kita.

Radikal bebas terjadi atas dari pelbagai faktor termasuklah pencemaran, makanan dan minuman yang kita ambil, asap rokok, radiasi UV dan bahan kimia keras.

Fungsi antioksidan ialah mendermakan elektron kepada elektron yang kehilangan pasangannya , lalu tidaklah badan kita mempunyai radikal bebas berlebihan yang boleh merosakkan sel tubuh kita.

Ambillah Ningxia Red setiap hari secara konsisten, tidak perlu juga berlebihan. Cukup sekadar 30ml atau 60ml sahaja mengikut keperluan tubuh. Yang penting, konsisten.

Selain dari minuman Superfruit Ningxia Red, ambillah juga 2 biji Kapsul Sul4zyme. Apa itu Sul4zyme ini?

Sul4zyme ialah suplemen MSM yang diinfuse dengan minyak pati Copaiba. MSM membantu sistesis kolagen, proses detox dan menyokong penghasilan antioksidan dalaman iaitu glutathione. Glutathione ini ialah seperti ibu kepada antioksidan.

Dalam Sul4zyme juga ada minyak pati Copaiba. Copaiba EO adalah bagus untuk kesihatan kulit! And it is a binding agent – menyebabkan kita nampak hasil dengan lebih cepat.

Saranan pakar nutrisi Young Living ialah mengambil Beauty Trio seperti dalam poster ini.

Mulakan hari anda dengan Beauty Red Shot, dan akhiri dengan Beauty Trio. Anda boleh juga terbalikkan rutinya mengikut preference anda.

Jadi, sementara menunggu Bloom Collagen tiba semula di Malaysia, ambillah kesempatan sebulan ini untuk menyediakan tubuh anda dengan pengambilan Ningxia Red serta Sul4zyme. Keduanya boleh didapati dari dalam Virtual Office Young Living.

Tinggalkan komen