Tanah yang penuh nutrien menghasilkan pokok yang sihat

Eh, apasal cerita pasal tanah dan pokok pula ni?

Sejak 2 minggu lepas, saya kehabisan stok ningxia Red. Jadi, saya telah minum Bloom Collagen tanpa ambil Ningxia Red.

Bukan itu sahaja, sebab Ningxia Red habis di rumah, Sul4zyme pun saya skip ambil juga. Jangan tiru macam saya tau.

Tapi, saya sebenarnya hendak tengok apa yang berlaku jika saya cuma ambil Bloom Collagen tanpa kedua supplemen ini.

Setelah 2 minggu, saya dapat lihat, kulit saya kekal lembut dan licin. Cumanya, kulit muka tidak nampak kesan ketara seperti awal-awal menggunakannya dahulu.

Jika dalam video (saya sedang dalam projek 365, satu hari satu video mengenai essential oil dalam bahasa Melayu), masih nampak berseri dan cerah.

Walau bagaimanapun, sekarang ini stok Bloom Collagen belum ada di Malaysia lagi. Dijangkakan ia akan tiba semula pada bulan Julai 2020. Buat sementara waktu, apa yang perlu kita buat?

Daripada pengalaman saya tadi, saya buat kesimpulan bahawa, Bloom Collagen akan memberi kesan ketara dan segera apabila keadaan badan kita tiptop.

Samalah seperti kita tanam pokok di tanah tandus vs tanam pokok di tanah yang subur. Peluang pokok akan hidup lebih tinggi di tanah subur. Maka, suburkanlah “tanah” kita. Bajailah dengan nutrien dan zat-zat yang diperlukan.

Ningxia Red adalah satu suplement yang saya sangat gemari dan saya suka cadangkan untuk diambil secara konsisten oleh seisi rumah. Ia kaya dengan antioksidan yang melindungi diri dari radikal bebas.

Secara ringkasnya, dalam sel, ada pasangan-pasangan elektron. Namun, atas beberapa faktor, pasangan elektron ini akan terurai dan menjadi radikal bebas. Apabila radikal bebas terlalu banyak berlebihan, ia akan menyebabkan stress oksidatif. Akhirnya ia menyebabkan banyak kesan buruk seperti mutasi sel, kesan penuaan sebelum waktu dan penyakit kepada kita.

Radikal bebas terjadi atas dari pelbagai faktor termasuklah pencemaran, makanan dan minuman yang kita ambil, asap rokok, radiasi UV dan bahan kimia keras.

Fungsi antioksidan ialah mendermakan elektron kepada elektron yang kehilangan pasangannya , lalu tidaklah badan kita mempunyai radikal bebas berlebihan yang boleh merosakkan sel tubuh kita.

Ambillah Ningxia Red setiap hari secara konsisten, tidak perlu juga berlebihan. Cukup sekadar 30ml atau 60ml sahaja mengikut keperluan tubuh. Yang penting, konsisten.

Selain dari minuman Superfruit Ningxia Red, ambillah juga 2 biji Kapsul Sul4zyme. Apa itu Sul4zyme ini?

Sul4zyme ialah suplemen MSM yang diinfuse dengan minyak pati Copaiba. MSM membantu sistesis kolagen, proses detox dan menyokong penghasilan antioksidan dalaman iaitu glutathione. Glutathione ini ialah seperti ibu kepada antioksidan.

Dalam Sul4zyme juga ada minyak pati Copaiba. Copaiba EO adalah bagus untuk kesihatan kulit! And it is a binding agent – menyebabkan kita nampak hasil dengan lebih cepat.

Saranan pakar nutrisi Young Living ialah mengambil Beauty Trio seperti dalam poster ini.

Mulakan hari anda dengan Beauty Red Shot, dan akhiri dengan Beauty Trio. Anda boleh juga terbalikkan rutinya mengikut preference anda.

Jadi, sementara menunggu Bloom Collagen tiba semula di Malaysia, ambillah kesempatan sebulan ini untuk menyediakan tubuh anda dengan pengambilan Ningxia Red serta Sul4zyme. Keduanya boleh didapati dari dalam Virtual Office Young Living.

Pelancaraan BLOOM Skincare Hari Ini

Ya Allah, lamanya tak sempat nak update. Tiba/tiba Young Living buat promo minggu lepas. Dan tiba-tiba ramai sangat hendak beli pelbagai barangan. Jadi nak update BLOOM journey pun tersamgkut.

Tapi kita masih BLOOM macam biasa. Masuk kotak BLOOM kolagen ke 3. Alhamdulillah. Bersyukur terbeli BLOOM Kolagen banyak semasa bulan April, jadi stok masih cukup sehingga stok baru tiba hujung bulan ini atau awal Julai nanti.

Apapun, gandingkan dengan BLOOM skincare, saya nampak banyak perbezaan pada kulit. Memang sangat sangat hendak share dengan orang lain supaya gunakannya. Tak syok pakai seorang sahaja. Excited sendiri.

Jadi, masa ditunggu sudah tiba. Hari ini hari pelancaran BLOOM Brightening Skincare di pasaran Malaysia. Saya nak jemput rakan pembaca untuk sama-sama join Launch Party malam ini. Online sajaaaaa.. dan yang best, selepas party boleh beli set anda sendiri.

Jangan lupa, LIVE di Facebook Young Living Malaysia, jam 8 malam sehingga 9 malam ini. Kita BLOOM sama sama.

Jumpa disanaaaaaa, inshaa Allah.

Soalan Lazim BLOOM Brightening Skincare


S: ADAKAH SISTEM BLOOM SKINCARE MENGANDUNGI SEBARANG BAHAN HAIWAN?


J. Gusi xanthan yang digunakan dalam produk ini mungkin telah diproses dengan enzim yang berasal dari bahagian albumen telur. Oleh itu, produk BLOOM (pembersih, pati dan losyen) sesuai untuk orang yang mengikuti diet ovo-vegetarian tetapi tidak mesra vegan.


S: BOLEHKAH PEMBERSIH BLOOM DIGUNAKAN PADA KULIT YANG SENSITIF?


J: Formula ini tidak mengandungi sulfat keras, surfaktan keras, atau alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan bagi orang yang mempunyai kulit sensitif.


S: APAKAH FUNGSI EKSTRAK CHLORELLA VULGARIS?


J: Ekstrak Chlorella vulgaris berasal dari rumput laut dan digunakan sebagai agen penyejuk kulit yang membantu menyokong mikrobioma kulit yang sihat.

S: APA ITU ESSENCE?


A: Essence adalah pati yang terhasil dari bahan berasaskan air yang menghidrat dan digunakan selepas pembersihan / toning dan sebelum menggunakan serum atau pelembap.

Ia memberikan penghidratan serta faedah lain yang disasarkan pada kulit sambil membantu menjadikan serum / pelembap yang anda diserap lebih baik ke dalam kulit anda.


S: MENGAPA MICA MELEKAR PADA TAPAK DAN SISI BOTOL?


J: Essence ini adalah formulasi semula jadi. Bahan sintetik biasanya digunakan untuk membantu melarutkan zarah-zarah dalam larutan. Tanpa bahan sintetik, sebilangan kecil mika tertinggal di bahagian bawah botol atau menempel di sisi.

Ini tidak akan mempengaruhi keberkesanan atau keselamatan produk. Goncangkan botol sebelum digunakan untuk membantu menyebatikan semula mika.


S: ADAKAH ADA KAWASAN DI MANA LOSYEN BLOOM TIDAK BOLEH DIGUNAKAN?


A: Losyen BLOOM direka untuk digunakan pada kawasan muka dan leher.

S: ADAKAH LOSYEN BLOOM ATAU BAHAN-BAHANNYA DIUJI KEATAS HAIWAN?


J: Tidak, produk atau ramuannya tidak diuji pada haiwan.

S: DAPATKAN LOSYEN BLOOM DIGUNAKAN SEBAGAI PRODUK BERASINGAN?


J: Kami mengesyorkan agar produk ini digunakan sebagai sebahagian daripada sistem BLOOM untuk tindakan pencerahan yang paling berkesan.

Kenapa pilih BLOOM by Young Living?

Komitment Seed To Seal
Dilengkapi dengan Sheerlumé ™ Brightening Complex dan bahan semula jadi lain untuk memberikan penyelesaian kecantikan yang bersih

Seri semulajadi
Menggalakkan warna kulit yang sekata dan mencerahkan penampilan kulit sambil meningkatkan seri semula jadi.

Meremajakan semula kulit
Ditambah dengan antioksidan dan bahan-bahan yang meremajakan semula kulit, meningkatkan penghidratan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit

Tambahkan dengan Minuman Kolagen 10,000mg Peptan Terhidrolisasi untuk membantu meningkatkan keanjalan dan kekuatan kulit.

Unboxing Video BLOOM Brightening Skincare Complete System dari Young Living


Young Living Malaysia akan melancarkan Set Penjagaan Kulit BLOOM tidak lama lagi, tetapi tarikhnya belum dimaklumkan lagi. Cuma sebagai peserta program BLOOM Into A New Me, saya diberi peluang untuk mendapatkan produk Skin Brightening Skincare System sebelum pelancaran. Yeay!

Apakah set ini dan apa yang ada di dalamnya?

Set penjagaan dan kecantikan kulit muka BLOOM.

Ia terdiri daripada:-

BLOOM Brightening Cleanser

BLOOM Brightening Essence

BLOOM Brightening Lotion

dan tambahan BLOOM Collagen Complete Drink

Tidak kiralah apa pun jua jenis kulit anda, BLOOM dari Young Living akan membantu untuk mencerahkan penampilan kulit anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuatkan tona kulit anda menjadi sekata.

Jangan lupa lawat dan subscribe blog Sudah BLOOM ke Belum untuk mengetahui mengenai BLOOM Brightening Skincare System dan juga BLOOM Collagen Complete.

BLOOM Brightening Lotion (Losyen Pencerah BLOOM)

BLOOM ™ by Young Living Brightening Lotion, menampilkan Sheerlumé ™ Brightening Complex, dihasilkan dengan bahan semula jadi untuk mencerahkan penampilan kulit sambil meningkatkan cahaya semula jadi.

Penghidratan ringan BLOOM membantu melembapkan kulit, sementara antioksidan membantu meminimumkan kemunculan kerosakan di masa depan.

KOMPOSISI UTAMA


Alpinia officinarum:
Dikenal juga sebagai ekstrak akar jahe, bahan ini membantu menjaga kecerahan dan keseimbangan warna kulit.

Palmaria palmata: Berasal dari rumput laut, bahan ini membantu menjaga kulit dari tanda-tanda photoaging dan dapat menjaga kecerahan dan kilau kulit.

Sodium hyaluronate: Melembabkan kulit dan mendukung fungsi pelindung kulit.

Pili pulp oil: Diambil dari perkebunan dan penyulin- gan Happy Pili Tree di Filipina dan dipilih karena sifatnya yang melembabkan sekaligus menjaga kilau.

Sodium carrageenan: Berasal dari alga merah, bahan ini membantu menjaga kelembaban dan mendukung lapisan pelindung kulit.

Sheerlumé Brightening Complex: Essential oil Royal Hawaiian SandalwoodTM, Carrot Seed, Blue Cypress, Davana , Geranium, dan Jasmine

Kebaikan

Mengimbangkan tona kulit
Mencerahkan dan meningkatkan cahaya kulit
Melembapkan kulit

Bagaimana menggunakannya?
Tekan dan sapukan sedikit losyen secara merata di wajah, leher dan hiasan. Ulangi pagi dan malam.

Pengalaman saya

Losyen pencerah BLOOM Young Living ini sangat ringan, hampir tidak dirasakan apabila disapukan pada kulit muka. Ia juga melembapkan kulit muka, terutama saya tinggal di Jitra, Kedah dan cuaca di sini sangat panas dan kering. Apabila berpeluh, tidak rasa melekat atau melekit langsung.

Harga Losyen Pencerah BLOOM Young Living
Harga ahli: RM338
Harga runcit: RM444.50
Nilai PV: 75PV

BLOOM Brightening Essence (Essence Pencerah BLOOM)

BLOOM ™ oleh Young Living Brightening Essence adalah esen bertekstur gel yang bercahaya.

Ia boleh menyerap kelembapan ke dalam kulit, memperbaiki penampilan dan tekstur kulit.

Di tambahkan dengan mika dari sumber yang diperolehi secara beretika untuk memberikan kesan berseri pada kulit dengan serta-merta.

Formula ini tidak menghilangkan kelembapan pada kulit malah mengembalikan keseimbangan pH menjadikan kulit anda segar dan berseri.


KOMPOSISI UTAMA:

Mica: Mineral alami seperti kristal yang menambah kilau pada kulit, diperoleh secara beretika di Perancis dan Amerika Syarikat.

Sodium hyaluronate: Melembabkan kulit dan mendukung fungsi pelindung kulit

Ekstrak daun Madona lily (Lilium candidum): Membantu menjaga kecerahan kulit dari penampakan noda gelap dan tanda penuaan lainnya, menjaga kulit tampak lebih merata

Ekstrak buah apel (Pyrus malus): Membantu menjaga hidrasi kulit hingga 88 persen dan ikut memberikan kesan lebih halus pada kulit

Ekstrak alga hijau (Chlorella vulgaris): Membantu menjaga hidrasi kulit dan mendukung fungsipelindung kulit, menyamarkan penampakan pori-pori, menjaga kulit dari minyak berlebihan, dan baik bagi mikrobioma kulit

Sheerlumé Brightening Complex: Essential oil Royal Hawaiian Sandalwood™, Carrot Seed,

Kebaikan menggunakan BLOOM Brightening Essence:

Menghidrat kulit

Menggalakkan seri dalam dalam.

Mengekalkan mikrobioma kulit yang sihat.


Bagaimana menggunakannya?

Goncang perlahan sebelum digunakan.

Tuangkan sejumlah besar ke telapak tangan anda.

Gosokkan tangan bersama-sama dan tekan perlahan telapak tangan ke kulit anda dari bahagian tengah wajah ke luar, termasuk leher dan dada anda.

Ulangi pagi dan malam.

Harga Essence Pencerah BLOOM

Harga ahli: RM216.50
Harga runcit: RM284.50
Nilai PV: 48PV

BLOOM Brightening Cleanser (Pencuci Pencerah BLOOM)

BLOOM ™ by Young Living Brightening Cleanser adalah pencuci muka yang dihasilkan secara semula jadi yang menampakkan kulit yang berseri dan menjadikan wajah anda segar dan halus.

BLOOM Brightening Cleanser terdiri daripada ekstrak bunga plumeria, sodium hyaluronate, dan minyak biji pracaxi untuk membersihkan dan menghidrat kulit anda.

KOMPOSISI UTAMA

Sodium hyaluronate: Melembabkan kulit dan mendukung fungsi pelindung kulit

Pracaxi seed oil (Pentaclethra macroloba): Mendukung hidrasi kulit

Ekstrak bunga Plumeria acutifolia:
Minyak cepat menyerap dengan efek melembabkan untuk kulit terasa lembut dan halus; banyak digunakan sebagai rahsia kecantikan rambut dan kulit

Sheerlumé Brightening Complex: Essential oil Royal Hawaiian SandalwoodTM, Carrot Seed, Blue Cypress, Davana , Geranium, dan Jasmine

Apakah Kebaikan Menggunakan BLOOM Brightening Cleanser?

Memperbaiki tekstur kulit

Menghidrat kulit

Kulit berseri

Bagaimana nak gunakannya?

Basahkan kulit dengan air suam dan urut sedikit pembersih ke kulit dengan lembut.

Bilas hingga bersih dan keringkan,

Gunakan pada waktu pagi dan malam.


Harga Pencuci Pencerah BLOOM

Harga ahli: RM158
Harga runcit: RM207.50
Nilai PV: 35PV

BLOOM hari ke 14:

Assalamualaikum.

Ada orang mesej soalan semalam kepada saya,

“Assalamualaykum warahmatullah. Kak wawa…so far macamana akak minum bloom?”

Ana

Alhamdulillah saya tiada ada pengalaman buruk semasa mengambil BLOOM Collagen Complete ini.
Rasa BLOOM tu tiada rasa ikan, maka ia senang di minum walaupun perut kosong

Saya ambil dengan 2 kapsul sul4zyme and secawan shot Ningxia red.

Objektif saya ialah untuk memelihara usus (gut), kerana saya percaya banyak isu yang bermula dari perut. Sehingga hari ini (12 Mei) saya sudah minum 14 botol BLOOM.

Benda yang saya nampak and rasa ialah:

  1. Perut saya tak rasa pedih apabila lambat makan. Yang ini pun mak saya pun cakap benda sama. Saya ada berikan kepadanya sekotak BLOOM baru-baru ini.
  2. Haid pun lancar. Kebiasaannya saya akan ada rasa tegang dan tidak selesa pada perut dan abdomen apabila menghampiri tarikh haid. Semasa period, ada juga rasa cramping tetapi tidaklah seteruk bulan-bulan sebelumnya. Tapi saya juga mula menggunakan semula Progesteron Phyto Plus di lengan selepas mandi pada kawasan lengan kiri.
  3. Anjal/tegang tu saya tak perasan sangat. Beberapa tahun dahulu saya ada ambil serbuk Kolagen dengan vitamin C. Memang ada rasa anjal dan pejap di sebahagian lokasi pada badan. Tetapi boleh jadi waktu itu saya pun masih muda, jadi kesannya lebih ketara.
  4. Kulit di belakang tapak tangan, yang ni memang nampak berbeza. Saya selalu rasa kawasan itu macam kedut seribu. Saya pernah ambil gambar tetapi tidak tak jumpa pula. Somehow now kedut dan garis-garis tu tak obvious lagi dah. Alhamdulillah.
  5. Passing motion(baca: buang air) pun dah tak ada masalah. 8 tahun lepas saya ada membuat staple prolapse procedure kerana buasir. Buang air besar memang masalah besar kepada saya. Alhamdulillah, sudah 2 minggu tidak rasa nak kena duduk toilet lama-lama.
  6. Saya juga merasakan perut semakin leper dan tegap. Tidak gelebeh dan buncit ketara. Berat pun sudah berkurang walaupun tanpa senaman. Mungkin juga ia kerana sekarang bulan puasa.

Masha Allah.

So maybe asbab the supplement yang saya ambil sekali bersama Bloom.

Mungkin juga usus telah pun perlahan-lahan diperbaiki.

Sekian pengalaman sehingga 12 Mei 2020, 14 hari mengambil Bloom.

Jadi, sudah #bloom ke belum?